HURAIAN ISI


                            Meninjau skop yang lebih luas, tunggak utama untuk membangunkan semangat kejiranan ialah masyarakat. Pada realitinya, sesebuah masyarakat perlu menjalankan aktiviti yang selaras dengan usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat  . Hal ini demikian, masyarakat sesebuah kawasan mampu mewujudkan pelbagai inisiatif untuk menjadikan hubungan kejiranan semakin erat. Masyarakat perlu mengaktifkan program Rukun Tetangga. Dalam konteks ini, pelaksanaan Rukun Tetangga merujuk kepada program yang melibatkan masyarakat untuk bekerjasama dalam menjaga keamanan sesebuah masyarakat. Dalam hal ini juga, Rukun Tetangga boleh melibatkan anak-anak muda untuk kegiatan yang berfaedah ini daripada menghabiskan masa secara berfoya-foya yang boleh meruntuhkan akhlak mereka. Sesebuah masyarakat yang progresif menunjukkan bahawa masyarakat tersebut mempunyai nilai-nilai murni yang penuh dalam jiwa. Memang tidak dapat dinafikan pelaksanaan Rukun Tetangga boleh melahirkan individu yang bertanggungjawab seterusnya mampu membentuk masyarakat yang berjiwa murni. Dalam hal ini juga, ada sesetengah masyarakat mempertikaikan pelaksanaan seperti ini sama ada ia dapat berjalan lancar ataupun tidak. Memang wajarlah kita mempercayai bahawa masyarakat sebegini perlu diterapkan dengan nilai-nilai murni sejak peringkat awal lagi.



Allah swt menyebut di dalam Al-Qur’an :

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلاَ تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنْبِ

“Sembahlah Allah dan janganlah mensyirikkan-Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin , jiran tetangga yang berhubungan dekat atau yang jauh dan rakan teman..” (An-Nisa : 36).

       
               Antara pekara yang dapat dicadangkan selain yang dinyatakan, penduduk kawasan perumahan perlu menganjurkan aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royong untuk membersihkan kawasan kediaman. Yang paling nyata pada hari ini, aktiviti bergotong-royong masih lagi diamalkan dan memang wajar diamalkan oleh setiap penduduk. Dalam menempuh era berteknologi ini, kita dapat menyaksikan bahawa semangat bekerjasama dalam kalangan masyarakat semakin rapuh. Oleh itu, memang tidak dapat dinafikan bahawa aktviti kemasyarakatan sememangnya sedang menempuh cabarannnya. Hal ini kerana, untuk mendirikan sesebuah masyarakat yang aktif melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan memerlukan kerjasama dan kerpercayaan antara penduduk. Oleh itu, kepercayaan dan kerjasama antara penduduk diperlukan untuk melancarkan aktiviti kemasyarakatan ini. Tegaslah bahawa masyarakat perlu menyedari amalan bekerjasama dalam menjalankan aktivit meliputi semua masyarakat memerlukan kerjasama dan kepercayaan penduduk yang  kukuh .

Tidak ada kusut yang tidak terlerai, tidak ada keruh yang tidak jernih. Oleh itu, kata sepakat seia sekata perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk berganding bahu melaksanakan langkah-langkah untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Jika semua pihak berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, Insya-Allah langkah-langkah yang dilaksanakan akan memperbuahkan hasil yang lumayan dan jelas dilihat untuk tatapan masyarakat pada hari ini. Usaha yang dilaksanakan itu perlulah bersungguh-sungguh bak mutiara kata genggam bara api biar sampai jadi arang agar usaha ini bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam mehupun melepaskan batuk di tangga sahaja malahan menjadikan usaha-usaha ini sebagai pendorong untuk masyarakat berjaya dalam kemajuan sosial. Besarlah harapan kita untuk menyaksikan usaha-usaha ini memberi kesan yang berlarutan kepada masyarakat untuk diamalkan agar negara kita terus disegani dan dicontohi oleh masyarakat dunia.


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment