USAHA-USAHA DALAM MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN DALAM MENGURANGKAN KADAR JENAYAH SETEMPAT
ANTARA KONSEP-KONSEP YANG DIKETENGAHKAN......................................................
Mendepani realiti baru era milenium yang pantas berubah dan berkembang ini, isu kelunturan semangat kejiranan dalam jiwa kalangan masyarakat semakin menjadi perbualan hangat serta sering memenuhi ruangan akhbar pada hari ini. Semakin hari, isu ini sering ditujukan kepada generasi muda khususnya para remaja. Memang tidak dapat dinafikan bahawa gejala sosial yang semakin berleluasa ini adalah salah satu punca kelunturan semangat kejiranan. Bukan itu sahaja malahan menjadi punca dominan yang jelas dilihat pada hari ini. Tambahan pula, semangat kejiranan seharusnya dipupuk melalui pengamalan sikap keperibadian yang mulia seperti bekerjasama, prihatin dan bertolak ansur yang mampu membentuk jati diri untuk memperlihatkan kita sebagai masyarakat yang kaya dengan budi pekerti. Sebagai masyarakat yang mendiami negara ini, kita seharusnya bersyukur kepada Tuhan kerana masih dikurniakan keamanan. Kita perlulah menyedari bahawa semangat kejiranan ini boleh dijadikan sebagai amalan gaya hidup intim yang wajar memandangkan negara kita telah merdeka sejak 58 tahun lamanya. Menurut Tun Dr. Mahathir, mantan Perdana Menteri ke-4 pernah menegaskan bahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita berupaya menerapkan pelbagai nilai murni dalam diri. Hal ini secara tidak langsung menjadikan nilai-nilai murni yang diterapkan dapat dijadikan sebagai dorongan untuk meningkatkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Sememangnya kita perlu berfikir bahawa teknologi pada masa ini juga merupakan penyumbang kepada jurang pemisah antara masyarakat yang berbilang kaum ini. Hal ini kerana, rambut sama hitam,hati lain-lain. Persoalan yang sedang bermain-main dalam fantasi minda kita sekarang ialah adakah peranan kerajaan sahaja yang bertanggungjawab untuk memupuk semangat kejiranan? Jawapannya tidak. Hal ini kerana dalam usaha memupuk semangat kejiranan, memerlukan obligasi daripada pelbagai pihak untuk menyalurkan peranan mereka demi melahirkan masyarakat yang maju dari aspek sosial. Oleh itu, marilah kita menggunakan minda kelas pertama untuk mengupas topik kita dalam perbincangan ini iaitu langkah-langkah memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat secara terperinci untuk kepentingan semua pihak.
Suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah peranan ibu bapa amatlah signifikan untuk menanam nilai-nilai murni dalam jiwa cahaya mata mereka sejak kecil lagi. Peribahasa Melayu ada mengatakan, melentur buluh biarlah dari rebungnya iaitu mendidik seseorang dengan menerapkan nilai-nilai murni sejak awal lagi. Hal ini demikian kerana ibu bapa bertindak sebagai agen pertama dalam pembentukan sahsiah dan penjana kecemerlangan anak-anak. Bertitik tolak daripada itu, ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak. Dalam konteks ini, ibu bapa perlu menunjukkan sikap berkasih sayang kepada anak-anak mereka. Memang pada realitinya, anak-anak akan mengikut tingkah laku ibu bapa mereka kerana mereka lebih mengenali ibu bapa mereka sendiri. Hal ini dapat dikaitkan dengan peribahasa bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Selain itu, ibu bapa haruslah juga mengawasi perlakuan dan kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, berdarah setampuk pinang agar tidak terjebak dalam kancah negatif. Dalam meniti arus peredaran zaman yang semakin meruncing ini, sebilangan besar ibu bapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa akan tanggungjawab hakiki mereka untuk mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Hal ini kerana anak-anak merupakan anugerah dan tanggungjawab daripada Tuhan kepada ibu bapa untuk mencorak jiwa mereka ke arah kebaikan. Betapa rugilah ibu bapa jika tidak menyemai nilai-nilai murni dalam jiwa anak-anak kerana mereka berkemungkinan besar untuk menjejakkan kaki ke kancah negatif. Dalam hal ini, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royong dan kunjung-mengunjungi sesama jiran tetangga. Daripada amalan ini , anak-anak muda mampu membuka mata, mencelikkan minda serta mengenali dunia luar yang mereka tidak pernah alaminya sendiri. Secara langsung, sedikit demi sedikitmereka berminat untuk melakukan aktiviti-aktiviti seperti ini lagi. Begitu juga halnya dengan dengan kawasan kejiranan yang didiami oleh pelbagai kaum. Anak-anak muda pada hari lebih gemar menggunakan teknologi yang canggih dan mendapati bahawa mampu memberi pelbagai faedah tetapi sangkalan mereka salah kerana menggiatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan lebih berfaedah bukan untuk diri sahaja malahan boleh melahirkan masyarakat dan negara yang aman damai. Daripada semangat kejiranan ini juga dapat menjadikan negara sebagai negara contoh dan disegani oleh sebab terkenalnya kaum yang pelbagai mendiami Malaysia tetapi masih boleh membina kepercayaan antara satu sama lain. Jelaslah bahawa ibu bapa seharusnya menitikberatkan tanggungjawab untuk melahirkan anak-anak yang berjiwa kental untuk memupuk semangat kejiranan sesama sendiri.
Seterusnya dalam menghayati hak-hak jiran, Islam membahagikan jiran itu kepada tiga bahagian. Sabda Nabi SAW yang bermaksud :
"Jiran itu ada tiga macam. Jiran yang mempunyai satu hak, jiran yang mempunyai dua hak dan jiran yang mempunyai tiga hak. Jiran yang mempunyai tiga hak ialah jiran yang muslim yang berkerabat, maka baginya hak jiran, hak muslim dan hak kerabatnya. Adapun jiran yang mempunyai dua hak ialah jiran muslim, di mana haknya ialah hak jiran dan sebagai orang muslim. Manakala jiran yang mempunyai satu hak ialah jiran yang musyrik atau kafir."
0 comments:
Post a Comment